Kelantan rekodkan kerugian RM2.7 juta akibat kebakaran
Iklan
Farhan Sufian ( kanan) mengiringi Hilmi merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu China 2025.
KOTA BHARU - Sebanyak RM2.7 juta kerugian harta benda akibat kebakaran direkodkan di negeri ini sepanjang sepanjang tahun lalu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufian Borhan berkata, litar pintas antara punca utama kebakaran yang dikesan oleh Pasukan Forensik JBPM.
Iklan
Iklan
Beliau memberitahu, sebanyak 3,112 panggilan kes kebakaran diterima dan diambil tindakan sepanjang tahun 2024 berbanding hanya 1820 pada tahun sebelumnya.
"Jika kebakaran di rumah, sebanyak 60 peratus berpunca pendawaian elektrik manakala 28 peratus adalah aktiviti memasak.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan Tahun Baharu China 2025 yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah.
Menurut Farhan Sufian, penghuni perlu menyemak semula pendawaian dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun bagi mengelakkan kebakaran berpunca daripada litar pintas.
Iklan
Jelas beliau lagi, sebanyak 208 kes membabitkan litar pintas dicatatkan sepanjang tahun lalu.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan menasihatkan orang ramai berwaspada terutama sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kebakaran.
Tambah beliau lagi, sepanjang tempoh Ops Tahun Baharu Cina yang lalu, sebanyak 114 panggilan kes kebakaran direkodkan dan sembilan peratus daripadanya melibatkan bangunan.
"Dalam suasana keraian ini akan berlaku peningkatan aktiviti masak-memasak, penggunaan perkakas elektrik yang berlebihan, pembakaran mercun, bunga api yang boleh meningkatkan risiko tercetusnya kebakaran," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>