KPDN Melaka pantau premis makanan, kopitiam naikkan harga mendadak

Iklan
Norena (dua dari kiri) pemeriksaan harga barang sempen, Mana Tahun Baharu Cina di sebuah pasar raya di Cheng pada Sabtu.

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka sedang memantau lebih 100 premis makanan termasuk kopitiam di negeri ini disyaki mengambil kesempatan menaikkan harga secara mendadak sejak 1 Januari lalu.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, berdasarkan aduan yang diterima kebanyakan kopitiam yang didakwa menaikkan harga melebihi 60 peratus di kawasan daerah Melaka Tengah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, modus operandi yang dilakukan pemilik terbabit ialah menaikkan secara berperingkat iaitu antara 30 sen atau 40 sen setiap minggu atau bulan.

"Contohnya harga secawan kopi RM2.50 dinaikkan ke RM4 dalam tempoh beberapa bulan dan naik lagi malah, tiada alasan munasabah yang diberikan.

Iklan

"Jadi kita memberi amaran terutama kopitiam-kopitiam tidak kira yang hipster ataupun tidak, jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga terutama di kawasan tumpuan ramai termasuk kawasan perumahan," katanya.

Norena (dua dari kiri) Tuminah (empat,kiri) dan Seah Shoo Chin melihat kentang dari negara China yang dipamerkan tanda harga berwarna merah jambu

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemeriksaan harga barang sempena Tahun Baharu Cina yang disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin di sebuah pasar raya di Cheng pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Tuminah Kadi@ Mohd Hashim.

Mengulas lanjut, Norena berkata, dalam tempoh tiga minggu tahun ini, lebih RM34,000 kompaun dikeluarkan termasuk membabitkan premis makanan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan HARGA dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujarnya, dalam tempoh bermula 1 Januari lalu hingga Jumaat lalu, lebih 3,000 premis makanan telah diperiksa meliputi restoran dan kedai makan, pasar raya serta warung di taman perumahan dan kawasan luar bandar.

"Kita juga mengaktifkan bilik gerakan sepanjang musim perayaan dan cuti persekolahan ini dan kalau ada kedai-kedai yang melanggar peraturan, datang membuat aduan," katanya.