Lapan pekerja maut, kilang senjata meletup di lndia

Iklan
Sekurang-kurangnya lapan pekerja dilaporkan maut dalam letupan di sebuah kilang senjata milik kerajaan di India pada pagi Jumaat. Foto Agensi

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan pekerja dilaporkan maut dalam letupan di sebuah kilang senjata milik kerajaan di India pada pagi Jumaat.

Letupan berlaku di daerah Bhandara negeri Maharashtra, kira-kira 825 kilometer dari ibu kota Mumbai.

Iklan
Iklan

Seramai 14 pekerja bertugas di bahagian kilang tempat letupan berlaku dan terperangkap akibat bumbung runtuh, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya enam orang ditarik keluar dari runtuhan, menurut laporan awal.

Iklan

"Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian. Semua usaha sedang dilakukan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas," kata Menteri Pertahanan India Rajnath Singh. - Bernama

Iklan