Sami didakwa lakukan amang seksual, miliki bahan lucah

Iklan
Shanmugan (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas dua pertuduhan melibatkan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja lelaki dan memiliki bahan lucah. FOTO: SINAR HARIAN

KUANTAN - Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Jumaat atas dua pertuduhan melibatkan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja lelaki dan memiliki bahan lucah.

Tertuduh, S Shanmugan, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Iklan
Iklan

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap remaja lelaki berumur 16 tahun dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dengan niat agar kanak-kanak itu melihat perbuatan tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik khas sami di sebuah kuil, di Kuantan sekitar jam 11.30 malam antara 15 Februari hingga 17 Februari tahun lalu.

Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Shanmugan didakwa memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit jenama Vivo miliknya di lokasi sama, jam 11.30 malam pada 15 Februari lalu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh diwakili peguam, S Kumaraselveram.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa, saksi atau bukti berkaitan kes tersebut.

Kes ditetapkan pada 25 Februari depan untuk sebutan semula.