Wanita diragut ketika beli buah

Iklan
Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila beg tangannya diragut ketika membeli buah di hadapan Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih pada Khamis.

KAJANG - Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila beg tangannya diragut ketika membeli buah di hadapan Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia 54 tahun, berada di kawasan berkenaan untuk membeli buah.

"Seorang lelaki yang menunggang motosikal kemudian meragut beg tangan mangsa sebelum melarikan diri.

Iklan

"Beg berkenaan mengandungi wang tunai, telefon bimbit serta dokumen peribadi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Naazron berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Iklan

"Polis sedang menjalankan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.