GATEWAY Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) pada Rabu menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib.
Dalam kenyataan bersama hari ini, konsortium itu menegaskan semakan semula syarat penerimaan GDA itu juga dibenarkan secara sah mengikut Nota 7 Perenggan 6.01 dalam Peraturan SC berkenaan.