JOHOR BAHRU - Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh pemilik atau pengendali akaun Facebook Cecelia Yap Song KL dan pelawak Harith Iskander.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, tiga laporan tersebut diterima di Johor Bahru Utara, Iskandar Puteri dan Kluang.
"Hantaran dalam Facebook dipercayai dimuat naik tiga hari yang lalu oleh Harith Iskander mengandungi gambar secawan Ham Sap Kopi dengan kapsyen:
"I'm so confused. My iman tergugat. This kopi will lead me down the wrong path in so many ways. Not just tempting me to become hamsap but ALSO confusing me with the word ‘ham’ in it. Ni untuk minum atau makan?
"I must make a polis report because I am so weak I have lost all ability to use logic. Who else is confused," katanya menerusi hantaran tersebut pada Selasa.
Menurut Kumar, hantaran itu kemduiannya dikomen oleh Cecelia Yap Song KL dengan kenyataan:"All names with Mohammad... got to be renamed then".
Jelasnya, Polis Johor memandang serius serta memberi amaran sekeras-kerasnya terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen raja, agama dan kaum (3R) dalam media sosial sehingga boleh membangkitkan perpecahan serta menggugat keharmonian masyarakat.
Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi bawah undang-undang sedia ada akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
"Kes disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan dengan niat mahu melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mendatangkan khianat awam dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
"Ia juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan pelanggan,” ujarnya.
Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang pada Isnin, Shahrol Shiro menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana status Harith dan komen Cecella itu masing-masing didakwa menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Sebelum itu pada Ahad, bekas ahli kumpulan lawak Shiro itu meluahkan rasa kesal dengan hantaran Harith yang didakwa membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk mempersendakan kesucian Islam.
"Sebagai pelawak tidak semua sudut pandang boleh dijadikan bahan lawak kita. Adakala kita patut lebih sensitif terutamanya apabila melibatkan agama kita.
"Apabila saudara Harith Iskander membuka ruang untuk agama dijadikan satu bahan yang boleh dipersenda maka pengikut juga akan ikut serta dengan meninggalkan komentar mempersendakan agama kita," katanya.
Susulan itu pemilik nama Shahrol Azizie Azmi itu telah membuat satu laporan polis kerana melihat perkara tersebut sebagai satu perlakuan yang melampau.