Wanita didakwa serang Sultan Nazrin fail representasi gugur kes

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita serang Sultan Nazrin kerana tidak waras

IPOH - Seorang wanita yang didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Ogos lepas, telah memfailkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan itu pada Jumaat lepas.

Peguam Zulzarif Zakuan yang mewakili Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41, berkata, representasi berkenaan dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada 6 Februari lepas.

Iklan
Iklan

"Pihak peguam bela dan pendakwa raya masih berbincang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik memandangkan kes ini bersifat kepentingan awam.

"Keputusan representasi belum sedia hari ini dan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menetapkan kes ditangguhkan hingga 1 April nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Iklan

Pada 8 Oktober lepas, Mahkamah Majistret di sini menolak pengakuan bersalah tertuduh yang cuba menyerang Sultan Nazrin di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada 8.20 pagi, 31 Ogos 2025.

Nurhaswani Afni didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Iklan

Pada 8 September lepas, dia dihadapkan ke mahkamah sama, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh diperintahkan menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Mahkamah tolak pengakuan bersalah wanita serang Sultan Nazrin kerana tidak waras

Wanita naik pentas, cuba dekati Sultan Perak ketika sambutan Hari Kebangsaan ditahan