Rugi setengah juta ringgit diperdaya pelaburan produk kecantikan
Iklan
Mangsa menyedari ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki kerugian RM553,095 selepas terperdaya dengan pelaburan produk kecantikan tidak wujud yang didakwa menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, semuanya bermula selepas lelaki tempatan berusia 36 tahun itu menerima mesej pada 9 Disember tahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, mangsa mendakwa telah menerima mesej melalui aplikasi Instagram berkaitan pelaburan produk kecantikan daripada seorang wanita.
"Mangsa yang tertarik dengan pelaburan tersebut langsung menghubungi penama melalui WhatsApp.
Iklan
"Dia kemudiannya diberikan penerangan yang mana pelaburan ini turut menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus daripada jumlah modal dilaburkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau memberitahu, mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan itu telah melakukan 41 transaksi ke 19 akaun berbeza yang diberikan iaitu bermula dari 19 Disember tahun lalu hingga Jumaat lalu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM553,095.
Iklan
"Mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan ketika cuba mengeluarkan keuntungan sebanyak RM18,000 seperti tercatat dalam pautan yang diberikan.
"Lelaki terbabit kemudiannya membuat laporan semalam (Isnin) mendakwa ditipu pelaburan yang tidak wujud ini," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu.
"Siasatan dijalankan meliputi pembabitan keldai akaun jika ada. Tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih peka dengan tren semasa jenayah komersial bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.