ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki patah tangan kanan dalam insiden kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Danga di sini pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 3.15 pagi melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz dengan kereta jenis Mercedes Benz di lokasi berkenaan.