Cuepacs minta KKM runding dengan persatuan sah, capai kata sepakat WBB
Iklan
Adnan Mat. Foto Bernama
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran berunding dengan persatuan atau kesatuan yang sah bagi mencapai kata sepakat berhubung polemik Waktu Bekerja Berlainan (WBB) melibatkan pegawai dan pakar perubatan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Dr Adnan Mat berkata, isu berkenaan perlu diselesaikan segera di meja rundingan secara profesional dan bukannya menggunakan platform media sosial agar perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
Iklan
Iklan
"Perbincangan bersama persatuan atau kesatuan sah seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebagai wakil profesion pegawai perubatan adalah untuk mendapatkan satu keputusan yang baik antara kedua belah pihak.
"Cuepacs juga memandang serius isu WBB yang melibatkan Pengurusan Tertinggi KKM dan petugas kesihatan termasuk pegawai perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Pada Khamis, Hartal Doktor Kontrak menuntut KKM menarik balik pekeliling cadangan pelaksanaan WBB bagi mengelakkan kesemorosotan moral dan kebajikan petugas kesihatan.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi maklum balas berkenaan isu itu pada Khamis memaklumkan, WBB masih di peringkat cadangan dan ia merupakan usaha berterusan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas KKM.
Iklan
Jelas beliau, pelaksanaan tersebut dapat mengurangkan tempoh bekerja atas panggilan aktif daripada maksimum 33 jam kepada 18 jam untuk setiap sesi kerja kakitangan.
Justeru, Adnan berharap semua pihak memberi peluang dan ruang kepada Menteri Kesihatan dan Kepimpinan Tertinggi KKM menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan agar situasi menang-menang dapat dicapai.
"Cuepacs sendiri pada 6 Januari lalu telah mengadakan sesi libat urus dengan Menteri Kesihatan bagi menyuarakan pandangan mewakili pekerja-pekerja di lapangan.
"Beri peluang kepada pihak kementerian untuk menyelesaikan isu ini tanpa sebarang tekanan tidak perlu seperti ugutan dan sebagainya,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>