Op Sky: SPRM akan panggil 20 pegawai bank lagi bantu siasatan

Iklan
Azam Baki

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kira-kira 20 lagi pegawai bank dalam masa terdekat bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya diijangka memanggil antara 15 hingga 20 pegawai bank bagi membantu siasatan kes ini.

Iklan
Iklan

"Berikutan penahanan empat lagi pegawai bank kelmarin (Jumaat), SPRM akan mengekstrak data-data berkaitan permohonan pinjaman daripada sistem perbankan bagi membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Azam berkata, selain itu pihak SPRM dalam proses mendapatkan dokumentasi pinjaman daripada institusi perbankan.

Iklan

"SPRM juga dalam proses melakukan 'money 'trail (jejak wang) terhadap akaun-akaun bank tambahan yang disyaki terbabit dalam kesalahan rasuah dan juga pengubahan wang haram," katanya.

Menurutnya, SPRM juga tidak menolak berkemungkinan akan ada lagi perintah pembekuan dilakukan terhadap akaun-akaun bank terbabit.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebanyak 4,000 dokumen dirampas bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Azam Baki dilaporkan berkata, dijangka 16 individu membabitkan pegawai bank dan syarikat perundingan akan dipanggil dan berkemungkinan ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 4,000 dokumen sudah dirampas dan dalam proses siasatan.

SPRM mendapati sejumlah RM700 juta pinjaman sudah diluluskan kepada 4,000 penjawat awam di mana, pinjaman yang diluluskan itu daripada pelbagai bank sejak syarikat berkenaan beroperasi tahun 2020.

Terdahulu, SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.

Kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.

Mereka yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan.