Sabah tagih aura pemain ke-12 berdepan Pahang
Iklan
Pemain-pemain Sabah giat menjalani latihan menjelang perlawanan berdepan Pahang di Likas, pada Sabtu.
FINALIS Piala Malaysia 2003, Sabah FC mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Likas dengan memburu bekalan selesa apabila berdepan juara empat kali Sri Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama pada Sabtu.
Malah, pengendali Sabah, Martin Stano percaya setiap pemain skuad Badak itu juga telah melupakan kekalahan kepada pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Januari lalu.
Iklan
Iklan
Katanya, komitmen 150 peratus akan ditujukan berdepan Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad bagi mencerahkan peluang ke perlawanan akhir yang kali terakhir dilakukan pada 2003 sebelum tewas kepada kelab dari Selangor, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).
"Sabah FC memandang serius kekalahan kepada JDT, dan melupakannya dengan misi baharu memburu kelebihan jaringan dalam separuh akhir pertama menentang Sri Pahang sebagai bekalan untuk timbal balik kedua selepas ini.
Iklan
"Biarpun begitu kami menghormati status Sri Pahang selain tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan sama seperti pasukan-pasukan lain dalam Liga Super atau Piala Malaysia,” katanya pada Khamis.
Sementara itu, Stano sekali lagi mengharapkan penyokong-penyokong skuad Badak dapat hadir memberikan sokongan padu dalam usaha pasukan memburu bekalan selesa untuk ke pentas final.
Iklan
"Kami amat berharap rakyat khasnya penyokong setia Sabah FC hadir ke Stadium Likas, Sabtu bagi memberikan sokongan padu sebagai ‘pemain ke-12’ skuad Badak dalam perlawanan penting ini.
"Sejujurnya, ini merupakan peluang serta landasan terbaik bagi pasukan Sabah FC membuktikan keupayaan pasukan untuk mara ke perlawanan akhir,” jelas Martin Stano.
Mengenai status pemain Sabah menjelang aksi berdepan Pahang, Stano berkata, masih terdapat beberapa pemain berada dalam senarai kecederaan selepas menentang Harimau Selatan di Iskandar Puteri.
"Biarpun begitu, ia bukan masalah besar kerana Sabah FC masih mempunyai baki masa untuk menentukan senarai akhir pemain akan beraksi nanti,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>