Cheng Hoe senaraikan 23 pemain Harimau Malaya ke Indonesia

Iklan
Senarai 23 pemain yang membawa cabaran Harimau Malaya pada Piala Asean FIFA 2026 di Jakarta dan Bandung, Indonesia dari 25 September hingga 5 Oktober ini.

TAN Cheng Hoe menyenaraikan 23 pemain untuk membawa cabaran Harimau Malaya pada Piala Asean FIFA 2026 di Jakarta dan Bandung, Indonesia dari 25 September hingga 5 Oktober ini.

Pengendali sementara Harimau Malaya itu hanya mengekalkan lima pemain daripada skuad 25 pemain kendaliannya pada Piala Hyundai Asean 2026, Julai dan Ogos lalu, iaitu Azri Ghani, Ubaidullah Shamsul Fazili, Sergio Aguero, Pavithran Gunalan dan Faris Danish Asrul.

Iklan
Iklan

Senarai terbaharu itu turut menyaksikan Manuel Hidalgo berada dalam skuad selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu layak mewakili Malaysia.

JDT menjadi kelab yang mempunyai wakil paling ramai dengan sembilan pemain, diikuti Selangor FC dengan tiga pemain, manakala Terengganu FC dan Kuching City FC masing-masing mempunyai tiga dan dua pemain.

Iklan

Sembilan pemain JDT ialah Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Brad Tapp, La'Vere Corbin-Ong, Syahmi Safari, Nathaniel Shio Hong Wan, Hidalgo, Stuart Wilkin, Arif Aiman Hanapi dan Bergson Da Silva.

Selangor FC pula diwakili Quentin Cheng, Nooa Laine dan Faisal Halim, manakala Terengganu FC menampilkan Ubaidullah, Pavithran dan Romel Morales.

Iklan

Haziq Nadzli dan Nazmi Faiz Mansor mewakili Kuching City FC, manakala Azri Ghani, Sergio Aguero, Daniel Ting, Dion Cools dan Fergus Tierney melengkapkan senarai daripada Negeri Sembilan FC, PSM Makassar, Ratchaburi FC, Cerezo Osaka FC dan PAC Omonia 29M.

Dalam perkembangan sama, 13 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia sekiranya berlaku sebarang perubahan terhadap senarai 23 pemain berkenaan.

Antara nama dalam senarai itu ialah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili dan Syahir Bashah dari Selangor FC, selain Paulo Josue dan Syafiq Ahmad dari Kuala Lumpur City FC.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kem latihan pada 21 September sebelum berlepas ke Jakarta pada 22 September.

Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Singapura dan Bangladesh, manakala Kumpulan B dihuni Vietnam, Thailand, Filipina dan Pakistan.

Malaysia yang kini di ranking ke-136 dunia akan memulakan saingan menentang Bangladesh, pasukan ranking ke-181 dunia, di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 25 September.

Perlawanan itu dijadualkan berlangsung pada jam 4 petang waktu Indonesia atau 5 petang waktu Malaysia.

Tiga hari kemudian, Malaysia akan berdepan Indonesia yang kini di ranking ke-118 dunia di venue sama pada I 28 September, jam 7.30 malam waktu Indonesia atau 8.30 malam waktu Malaysia.

Aksi terakhir Kumpulan A menemukan Malaysia dengan Singapura, yang berada di ranking ke-148 dunia, di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung pada Oktober, jam 7.30 malam waktu Indonesia atau 8.30 malam waktu Malaysia.

Juara Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertemu pada final di Gelora Bung Karno pada Isnin, 5 Oktober, jam 8 malam waktu Indonesia atau 9 malam waktu Malaysia.