Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor

Iklan
Bomba melakukan siasatan susulan tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis di Kuala Nerus pada Khamis. Foto Facebook Bomba Kuala Nerus

KUALA NERUS - Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, 11 anggotanya digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9.48 pagi.

Iklan
Iklan

"Kami terima panggilan daripada seorang lagi pekerja restoran itu yang melihat tiga rakannya pengsan seorang demi seorang di bahagian dapur, namun lelaki itu selamat kerana memakai pelitup muka ketika kejadian.

Azmi berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 20-an telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya menunggu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Kerteh untuk mengesahkan sama ada kebocoran itu membabitkan gas amonia atau tidak.

"Buat masa ini, keadaan premis adalah selamat tetapi akan ditutup sementara waktu sehingga pengesahan dibuat pasukan Hazmat,” katanya. - Bernama

Iklan