Pameran arca ais di China

Iklan
Penulis, Nurhafizah Tan (kanan) bersama teman kembarnya bergambar di hadapan arca ais yang dipamerkan di Harbin International Ice and Snow Festival 2025, yang berlangsung di wilayah Heilongjiang, China, baru-baru ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Keindahan taman ais outdoor yang diiktiraf sebagai terbesar di dunia oleh Guinness World Records itu memukau pengunjung dengan pelbagai arca ais gergasi berwarna kebiruan yang diukir dalam bentuk istana serta mercu tanda di 42 negara.

Tidak hanya itu, binaan gelongsor, tangga dan terowong ais persis kaca lut sinar di kawasan seluas satu juta meter persegi, meliputi 300,000 meter padu bongkah salji dan ais itu juga membuatkan penulis seolah-olah dibawa ke alam fantasi.