KABUL - Pemilihan semula Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani 'menyalahi undang-undang' dan menyifatkan pilihan raya 'palsu' itu tidak selari dengan proses damai, kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid pada Selasa lapor agensi berita Sputnik.
Terdahulu pada semalam, Ghani diumum memenangi pilihan raya presiden selepas memperoleh 50.64 peratus undi. Pengundian diadakan pada akhir September namun pengumuman keputusan ditangguhkan beberapa kali.