Lelaki ditahan cuba seludup minyak masak, petrol
Iklan
Minyak masak peket dan petrol yang dirampas cuba diseludup keluar ke negara jiran.
SANDAKAN - Tindakan seorang lelaki cuba menyeludup keluar minyak masak dan petrol ke negara jiran gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan Op Kontraban di tepi jalan Kampung Pukat, Jalan Bokara, di sini pada Ahad.
Dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, seorang pemandu lori berusia 36 tahun ditahan bersama 2,482 peket minyak masak dan 300 liter petrol.
Iklan
Iklan
Komander PPM Wilayah 4 l, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, tangkapan dan rampasan berjaya dibuat hasil daripada risikan pasukannya di lokasi kejadian.
"Dalam serbuan itu, terdapat sebuah lori tiga tan dipandu suspek dan sebuah pacuan jenis jenis Toyota Hilux tanpa pemandu diletakkan di kawasan terbabit.
Iklan
"Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan terbabit menemui 146 kotak minyak masak dan 10 tong petrol. Pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa kotak minyak masak di kawasan jeti Jambatan 4, Kampung Pukat, disyaki cuba dibawa keluar melalui jalan laut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Susulan penemuan tersebut, Mohd Nazri berkata, pemandu lori terbabit ditahan dan minyak yang ditemui dirampas kerana disyaki cuba diseleweng ke negara jiran.
Iklan
"Rampasan yang dianggarkan bernilai RM146,717 termasuk dua kenderaan itu dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan.
"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tangkapan serta rampasan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>