Hujan berterusan dijangka landa Johor

Iklan
Hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 8.30 pagi ini, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. - Bernama

Iklan

Iklan