Letupan gas di Yaman: Jumlah korban meningkat kepada 15, cedera 67

Iklan
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 67 yang lain cedera pada Ahad dalam siri letupan yang melanda empat stesen minyak di wilayah Al-Bayda selatan Yaman - Gambar hiasan

SANAA - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 67 yang lain cedera pada Ahad dalam siri letupan yang melanda empat stesen minyak di wilayah Al-Bayda selatan Yaman, Agensi Anadolu (AA) memetik Kementerian Kesihatan.

Seramai 40 orang lagi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, menurut kenyataan kementerian itu.

Iklan
Iklan

Lewat Sabtu, platform media Kementerian Dalam Negeri berkata letupan berlaku di kawasan Nassefa, daerah Al-Zahir.

Jurucakap kerajaan Houthi Hashem Sharafuddin berkata pasukan keselamatan sedang giat menyiasat insiden itu, walaupun tiada butiran lanjut diberikan.

Iklan

Kehadiran banyak stesen minyak di kawasan perumahan di seluruh Yaman telah menyebabkan kemalangan berulang.

Yaman masih terjejas teruk akibat perang saudara berpanjangan yang telah memusnahkan infrastruktur negara dan menyebabkan jutaan orang menderita akibat krisis kemanusiaan. - Bernama

Iklan