Ratusan Portuguese Man of War

Iklan
CANTIK TAPI BAHAYA ... Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda hari ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Roswati Md Amin berkata spesies yang diklasifikasi di bawah kumpulan hidrozoan marin itu mudah dikenali dengan warna kebiruan lutsinar.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Beliau yang pakar dalam bidang Plankton Ekofisiologi berkata hidupan tersebut mempunyai sel-sel penyengat berbisa yang terletak di bahagian tentakel, berfungsi untuk menangkap mangsa sebagai mekanisme pertahanannya.



Justeru beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh hidupan beracun itu termasuk yang telah mati kerana boleh memberi kesan berbahaya.

Kewujudan hidupan ini banyak direkodkan di lautan Pasifik, India dan Atlantik dan bagaimanapun pada November tahun lepas pihaknya mendapati spesies tersebut turut ditemui di sekitar pantai sekitar di Kuala Nerus.