Bahang sambutan Deepavali

Iklan

KUALA LUMPUR -  Bahang sambutan Deepavali semakin terasa apabila Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyemarakkan suasana perayaan dengan menghasilkan hiasan tradisional kolam di ruang legar utama Wisma Bernama di sini pada Isnin.

Pekerja Sky For Solution, P. Jayavarman tekun menyiapkan kolam berukuran 8 kaki x 8 kaki menggunakan beras hancur berwarna yang mengambil masa hampir 10 jam untuk disiapkan.

Iklan
Iklan

Deepavali, yang turut dikenali sebagai Pesta Cahaya, disambut penganut Hindu pada 8 Nov ini sebagai simbol kemenangan cahaya mengatasi kegelapan serta membawa harapan, kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian. - Bernama