Cadang pergiat kempen kesedaran, pendidikan literasi benci rasuah

Iklan
Kempen kesedaran dan pendidikan literasi membenci rasuah perlu lebih giat dipromosikan kepada rakyat khususnya menerusi media sosial dengan kaedah yang lebih interaktif. Gambar hiasan (Gambar kecil: Zairudin)

SHAH ALAM - Kempen kesedaran dan pendidikan literasi membenci rasuah perlu lebih giat dipromosikan kepada rakyat khususnya menerusi media sosial dengan kaedah yang lebih interaktif.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Selangor, Zairudin Hashim berkata, penting untuk setiap pihak bersatu padu menentang rasuah bagi membersihkan negara daripada jenayah tersebut.

Iklan
Iklan

"Setiap lapisan masyarakat perlu menyokong dan menyertai usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah dengan menyatakan pandangan positif, mesej atau sokongan untuk menolak rasuah.

"Kita juga perlu mengambil inisiatif dengan melaporkan kepada pihak berkenaan jika terdapat unsur salahguna kuasa," ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Suruhanjaya SPRM mengeluarkan amanat bagi 2025 antaranya bersedia menghadapi cabaran dalam aspek pendigitalan dan Kecerdasan Buatan (AI) selari dengan halatuju kerajaan.

Selain itu, semua pegawai perlu peka dengan isu semasa dan terkini serta melaksanakan amanah dalam meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) walau ia bukan tugas SPRM semata-mata.

Iklan

Tambah Zairudin, pihaknya menyambut baik komitmen dikongsi Ketua Pesuruhjaya SPRM itu, yang menzahirkan kesungguhan mengatasi ketirisan dalam negara.

"Ini meletakkan SPRM sebagai antara 'semak dan imbang' terpenting dalam usaha negara meningkatkan semula ekonomi dengan lebih adil, telus serta berakauntabiliti.

"Selepas hampir enam dekad berkhidmat, aspirasi SPRM pasti tidak berubah, bahkan harapan berkenaan makin bertambah apatah lagi rakyat kian cakna dan sensitif terhadap isu integriti dalam tadbir urus serta tatakelola kerajaan.

"SPRM perlu meneruskan usaha dan komitmen selama hampir enam dekad badan ini untuk membersihkan negara daripada rasuah," ulasnya.