Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 4 minit sebelum nahas

Iklan
Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat Jeju Air dilaporkan berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum ia merempuh struktur konkrit di hujung landasan Lapangan Terbang Muan dan meragut 179 nyawa mangsa penumpang pada 29 Disember lalu.

SEOUL - Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat Jeju Air dilaporkan berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum ia merempuh struktur konkrit di hujung landasan Lapangan Terbang Muan dan meragut 179 nyawa mangsa penumpang pada 29 Disember lalu.

Kementerian Pengangkutan Korea Selatan pada Sabtu memaklumkan penyiasat kini sedang menganalisis puncanya.

Iklan
Iklan
Data penerbangan dan perakam suara kokpit pesawat Jeju Air dilaporkan berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum ia merempuh struktur konkrit di hujung landasan Lapangan Terbang Muan dan meragut 179 nyawa mangsa penumpang pada 29 Disember lalu. Foto AFP
Iklan

"Kotak hitam 7C2216 itu pada mulanya dianalisis di Seoul sebelum dihantar ke makmal Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) setelah datanya didapati hilang," jelas kementerian itu lagi.

Kotak hitam 7C2216 itu pada mulanya dianalisis di Seoul sebelum dihantar ke makmal Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) setelah datanya didapati hilang. Foto AFP

Siasatan awal mendapati juruterbang sempat memaklumkan kepada menara kawalan pesawat tersebut dilanggar burung selain muncul teori yang menyatakan ia turut berdepan masalah gear pendaratan.

Iklan
Dua kru yang terselamat duduk di bahagian ekor pesawat tersebut. Foto Agensi

Ketika tragedi menggemparkan itu, hanya dua kru penerbangan yang duduk di bahagian ekor pesawat terselamat. - Agensi