Banjir Kota Tinggi: 'Acara wajib' penduduk setiap tahun

Iklan
Penduduk berpindah dari Taman Aman ke PPS berhampiran susulan kediaman mereka dinaiki air.

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Penduduk Taman Aman di sini menganggap kejadian banjir umpama 'acara wajib' yang berlaku setiap tahun dengan mereka perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat rumah dinaiki air.

HARUN

Pesara tentera, Harun Samsudin, 65, yang hampir 25 tahun menetap di taman terbabit berkata, masalah itu dialami hampir setiap tahun dengan keadaan banjir yang semakin buruk kali ini.

Iklan
Iklan
Keadaan banjir di sekitar Taman Aman Kota Tinggi.

"Kalau sebut Taman Aman, memang kerap kali banjir, boleh dikatakan setiap tahun. Kebiasaannya bulan Oktober dan November banjir berlaku tetapi sekarang banjir terjadi bila masuk tahun baharu.

"Banjir ini berlaku sebab hujan sejak pagi Jumaat sehingga petang. Sampai jam 7 malam, air naik mendadak sehingga paras kira-kira satu meter, ada barang yang tidak dapat diselamatkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Iklan
ROZI

Sementara itu, bagi Rozi Kassim, 40, dia sedih kerana tidak dapat menyelamatkan perkakasan rumah seperti peti ais dan mesin basuh kerana air naik begitu cepat.

"Ketika itu saya sedang berehat selepas pulang dari kerja jam 6.30 petang. Dalam tempoh setengah jam kemudian air naik sehingga paras satu meter di dalam rumah.

Iklan

"Saya baru pindah di sini dalam dua bulan, semua perabot dan perkakasan elektrik ditenggelami air. Sekarang saya dan isteri berlindung di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota," ujarnya.

Laluan Kampung Lukut Cina dihadapan Taman Aman dan Taman Mawai yang dinaiki air.

Sementara itu, seramai 939 mangsa daripada 313 keluarga kini berlindung di 16 PPS di Kota Tinggi setakat jam 10 pagi Sabtu.