KOTA BHARU - Sepasang suami isteri warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki mereka yang berusia 10 bulan sehingga mengakibatkan kematiannya bulan lepas.
Munna Abdu Salam dan isterinya, Fatima Abul Hashim masing-masing mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama-sama oleh jurubahasa Myanmar di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.