'Dakwah di Sabah harmoni, isu keagamaan tak terlalu disensasikan boleh diterap ke Semenanjung'
Iklan
Ahmad Faiz Fatih
KOTA KINABALU - Unsur dakwah yang dilaksanakan di Sabah yang disifatkan istimewa dan harmoni boleh diterapkan ke Semenanjung supaya isu keagamaan tidak terlampau disensasikan.
Pengerusi Seminar Antarabangsa Duat Al-Falah Borneo, Ahmad Faiz Fatih Al-Azhari berkata, kaedah berdakwah antara perkara yang dibangkitkan secara ilmiah menerusi diskusi dalam seminar tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, isu yang dibentangkan adalah memberi tumpuan kepada enam nilai Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Cuma penerapannya itu melalui kaedah diskusi ilmiah yang sesuai dengan realiti di Sabah, contohnya Mufti Sabah yang hadir turut membentangkan terdapat sedikit perbezaan pendakwah Islam di Sabah dengan Semenanjung.
Iklan
"Di Sabah nampaknya lebih terbuka jadi kita mahu supaya budaya di Sabah ini kekal harmoni antara semua kaum dan juga agama, supaya tidak terbawa-bawa budaya ekstremis daripada mana-mana pihak ke Sabah," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian seminar di sini pada Selasa.
Tambah beliau, di Sabah ini pendakwahnya lebih memilih hukum yang membawa keharmonian di mana pendakwah dari Semenanjung boleh belajar mengenainya.
Iklan
"Sebenarnya kita taklah mahu perkara (urusan agama), sikit-sikit nak disensasikan, sikit-sikit disensitifkan, jadi itu yang kita nak belajar dari Sabah juga," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UMS, Amer Hudhaifah Hamzah yang juga pengerusi seminar tersebut berkata, antara isu yang dibangkitkan dalam seminar termasuk isu kalimah ALLAH dan dakwah.
"Jadi di sini kami akan membincangkan bagaimana dalam konteks di Sabah ini kita boleh mewujudkan satu hubungan antara orang Islam dan bukan Islam secara harmoni.
"Sebenarnya di Sabah ini lebih maju daripada Semenanjung dari segi itu," jelasnya.
Sebelum itu, seminar melibatkan tiga negara itu dirasmikan Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Harun Durabi dan turut dihadiri Penolong Naib Cancelor (Strategik) UMS, Profesor Dr Mohammad Saffrree Jeffree serta 150 peserta yang terdiri daripada golongan profesional, pendakwah, ustaz dan badan bukan kerajaan (NG0).
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.