MELAKA - Seorang pegawai hal ehwal Islam di sebuah agensi agama negeri ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM13,125 daripada seorang kontraktor kira-kira dua tahun lalu.
Perintah reman bermula Selasa hingga Isnin ini dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni, terhadap suspek berusia 43 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.