11.25 tan beras disumbang kepada mangsa banjir
Iklan
Muhamad Nurawi (tengah) diiringi Zawahir (kanan) menyampaikan beras kepada mangsa banjir. FOTO SINAR HARIAN-ADILA SHARINNI WAHID.
RANTAU PANJANG - Sebanyak 11.25 tan beras kampit disumbangkan Etiqa Takaful dan Islamic Aid Malaysia (IAM) kepada 750 keluarga mangsa banjir di Pasir Mas dan Machang.
Pengarah Wilayah Pantai Timur Etiqa Insurans dan Takaful, Muhamad Nurawi Abdul Rashid berkata, sumbangan di bawah Program tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa Takaful itu membantu mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup bermula tahun baharu 2025.
Iklan
Iklan
"Dalam tahun-tahun sebelum ini, pemberian hanya lima kilogram setiap keluarga, tetapi kali ini ditambah kepada 15 kilogram bagi meringankan bebanan mereka akibat menghadapi bencana.
"Tumpuan juga diberikan kepada mangsa banjir asnaf di Kampung Kuin Merah dan Lubok Stol di Rantau Panjang selain Kampung Laha serta Kerawang di Pulai Chondong, Machang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Kelantan di Masjid Mukim Lubok Stol di sini pada Ahad.
Iklan
Beliau memberitahu, selain itu, pihaknya juga menyumbang makanan lain seperti gula, tepung, tin sardin dan juga barangan kebersihan diri serta rumah.
"Kos bantuan barangan kepada setiap keluarga mangsa banjir bernilai RM500 dengan keseluruhan berjumlah RM375,000.
Iklan
"Penerima paling ramai ialah di Kampung Lubok Stol iaitu seramai 400 penduduk yang terjejas banjir setinggi 0.5 hingga lebih tiga meter di kawasan rumah mereka pada November tahun lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, walaupun bencana banjir tersebut berlaku pada tahun lepas, namun kesusahan yang mereka hadapi masih lagi terasa hingga kini.
"Bantuan ini diharap akan meringankan beban kesusahan mereka untuk memulakan semua kehidupan seperti biasa.
"Misi bantuan ini membuktikan bahawa kami prihatin terhadap keperluan masyarakat setempat khususnya asnaf dan mangsa-mangsa banjir,” katanya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.