Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Iklan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani nota takziah di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Foto Facebook Wisma Putra
KUALA LUMPUR - Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Disember 2024.
Kementerian Luar Negeri dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan bahawa Carter, yang merupakan Presiden AS ke-39, adalah seorang negarawan terbilang yang telah banyak menyumbang kepada usaha kemanusiaan yang meninggalkan kesan mendalam kepada dunia.
Iklan
Iklan
"Malaysia juga berharap agar keluarga mendiang Presiden diberikan kekuatan dan ketabahan dalam masa sukar ini,” menurut Kementerian Luar Negeri.
Hantaran itu turut berkongsi gambar Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani nota takziah di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Iklan
Carter, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2002, meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Plains, Georgia.- Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tindakan DBKL terhadap Street Dakwah susulan aduan kanopi, bukan isu dakwah - Hannah"><meta itemprop="description" content="Tindakan DBKL terhadap Street Dakwah susulan aduan kanopi, bukan isu dakwah - Hannah
Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #DBKL #StreetDakwah #HannahYeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-26T06:30:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a7RYi1fd-YX-a-YI7/x180"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0r4q4"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0r4q4"></script>