Seramai 18,612 calon duduki SPM di Terengganu
Iklan
Jelani (tengah) pada sidang akhbar di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Seramai 18,612 calon termasuk 108 calon berkeperluan khas (CBK) menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Terengganu pada Khamis.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (JPNT), Jelani Sulong menyatakan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (JPNT), Jelani Sulong menyatakan daripada jumlah itu, seramai 108 calon ialah calon berkeperluan khas (CBK), enam di hospital, dua calon integriti (calon di Jabatan Penjara) dan seorang calon di Tunas Bakti.
Iklan
Iklan
"Semua calon akan menduduki peperiksaan SPM 2024 yang bermula hari ini hingga 6 Februari depan di 172 pusat di seluruh negeri.
"Seramai enam calon SPM 2024 yang terbabit dalam kemalangan jalan raya sedang menjalani rawatan kini terpaksa menjalani ujian bertulis di pusat hospital di seluruh negeri," katanya ketika ditemui selepas meninjau pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini pada Khamis.
Iklan
Mengulas lanjut, Jelani berkata, jumlah calon peperiksaan SPM pada tahun ini bertambah seramai 118 orang berbanding seramai 18,494 calon pada SPM pada 2023.
Beliau berkata, pihaknya turut bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.
Iklan
"Calon SPM dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan negeri dengan segera jika tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang ditetapkan," jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>