Pemilihan Pengerusi PH Sabah: 'Sedikit salah faham dalam PH Sabah'

Iklan
Peto (dua dari kiri) dan Razeef (dua dari kanan) dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Peto Galim mengakui terdapat sedikit salah faham dalam keluarga Pakatan Harapan (PH) Sabah berhubung isu pemilihan Pengerusi PH Sabah baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa tidak wujud solidariti dalam PH Sabah atau penentangan yang ketara sebaliknya ada laporan yang berbeza semasa proses pemilihan yang perlu diberikan kepada pihak Pusat.

Iklan
Iklan

"Ada sedikit laporan yang berbeda dan laporan ini diperlukan oleh pimpinan atas. Kita telah hantar laporan ini dan ia sedang diteliti, jadi kita tunggulah respons daripada pimpinan atas.

"Tidak timbul penentangan yang membimbangkan dalam pemilijan ini. Saya ulang balik, tidak timbul kebimbangan yang ketara dalam pemilihan ini. Tidak ada isu, kita tidak mempunyai isu solidariti dalam PH ini, kita masih kuat.

Iklan

Sehubungan itu, Peto yang juga Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, berkata, sudah tentu fokus PH Sabah adalah untuk memperkukuhkan gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan.

"Memandangkan kita akan masuk dalam pilihan raya pada tahun depan dan kita harap kita dalam PH ini terus begini, kuat," katanya.

Iklan

Katanya lagi, PH Sabah masih kukuh dan isu mengenai pemilihan tersebut hanya terdapat sedikit salah faham.

"Kita masih kuat. Ini sedikit salah faham dalam PH (Sabah), dalam keluarga kita.

Sementara itu, dalam sidang akhbar tersebut Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin mendakwa ada pihak tertentu yang berlagak suci dalam isu berbangkit berkaitan rasuah di negeri ini.

"Dalam kita menuju Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), banyak pihak mula didedahkan, tidak terkecuali juga mereka yang berlagak suci seolah ketika mereka mentadbir tiada ketirisan beríaku.

"Sepanjang dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita lebih fokus kepada kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, keadilan dalam pengagihan kekayaan negara serta memerangi amalan rasuah, pemborosan dan penyelewengan.

"Bagi PKR Sabah, kita masih berpegang kepada prinsip menentang rasuah dan salah guna kuasa serta prinsip 'rule of law'. Sebab itu kita telah memaklumkan sebelum ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terlibat dalam skandal video rasuah.

"Namun dalam masa sama kita tidak boleh terlalu mendesak SPRM kerana khuatir akan berlaku kecacatan dalam pendakwaan seperti beberapa kes melilbatkan pemimpin politik sebelum ini sehingga terpaksa dibebaskan," katanya.