Yang dicadang UMNO dan Pas, yang menggelupur parti lain - Dr Akmal

Iklan
Hantaran Dr Akmal (gambar kecil) di Facebook pada Khamis.

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pihak yang tidak berpuas hati dengan cadangan beliau mengenai penyatuan UMNO dan Pas di Melaka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, lebih menghairankan lagi kritikan tersebut dibuat oleh parti lain bukan UMNO dan Pas.

Iklan
Iklan

"Yang dicadang untuk UMNO dan Pas. Tapi yang menggelupur orang parti lain pula. Kesian," katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook pada Khamis.

Dr Muhamad Akmal dalam satu sesi temu bual audio siar pada Rabu mencadangkan penyatuan UMNO dan Pas bermula di Melaka.

Iklan

Kenyataan beliau itu bagaimanapun dikritik Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin dengan mendakwa pandangan peribadi yang disuarakan Dr Muhamad Akmal memperlihatkan kegelisahan politik yang sedang melanda parti berkenaan.

Beliau menegaskan, cadangan tersebut tidak mendatangkan sebarang ketakutan kepada AMK, sebaliknya yakin ia membuka ruang lebih luas kepada Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Menurutnya, meskipun rekod semasa di negari berkenaan menyaksikan Pas tidak memenangi sebarang kerusi pada PRN lalu dan UMNO menang 21 daripada 28 kerusi, namun beliau menekankan bahawa isu penyatuan Melayu tidak boleh dilihat semata-mata daripada sudut pembahagian kerusi atau kekuatan parti.