MBSA lanjut permohonan permit bazar Ramadan
Iklan
Kekosongan tapak bazar Ramadan itu boleh disemak melalui sistem ePenjaja.
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melanjutkan permohonan permit bazar Ramadan 2025 bermula 30 Disember sehingga 5 Januari tahun depan.
MBSA dalam kenyataannya memaklumkan sebanyak 25 tapak bazar Ramadan disediakan kepada peniaga di kawasan pentadbiran MBSA pada tahun hadapan.
Iklan
Iklan
Petak bazar Ramadan yang masih terdapat kekosongan ialah Tapak Penjaja Sementara, Jalan 28/5 (berhampiran Restoran KFC) Seksyen 28 iaitu sebanyak 79 petak.
Selain itu, di Tapak Penjaja Sementara Jalan IA/3, (hadapan KFC) Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20 juga masih terdapat 39 kekosongan dan beberapa kawasan lain.
Iklan
Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan, kekosongan tapak bazar Ramadan itu boleh disemak melalui sistem ePenjaja di https://epenjaja.mbsa.gov.my.
"Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Pelesenan talian am 03-5510 5133 sambungan 1762/1486/1699/1317/1366," ujar MBSA dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya pada Sabtu.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Zakat Selangor sasar kutipan zakat RM1 juta warga ATM menjelang 2028"><meta itemprop="description" content="Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menyasarkan kutipan zakat melalui potongan gaji warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Selangor mencecah RM1 juta menjelang 2028.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZakatSelangor #ATM #AndaHeroAsnafATM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T09:56:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P201S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5v0jq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5v0jq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5v0jq"></script>