Hina Musa Aman: PLG Sabah buat laporan polis terhadap Fahmi Reza

Iklan
Sebahagian ahli Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Sabah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Satu laporan polis telah dibuat terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang didakwa menghina bakal Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Laporan polis itu dibuat oleh Pertubuhan Lima Generasi (PLG) Sabah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Setiausaha PLG Sabah, Mohd Syarezan Abdul Samat berkata, laporan polis itu dibuat susulan penghinaan yang dibuat melalui hantaran di media sosial terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.

"Fahmi Reza jelas kita lihat melalui beberapa hantaran media sosial yang agak menjengkilkan dan menghina TYT, Tun Musa.

Iklan

"Sehubungan itu, jelas beliau telah memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong dengan memainkan isu 3R (agama, raja dan kaum) iaitu cuba untuk mengganggu keharmonian dan perpaduan khususnya rakyat Sabah.

"Jadi kami dari PLG Sabah betul-betul mengharapkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap individu ini," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau dalam pada itu meminta kerajaan negeri turut mengambil tindakan terhadap kehadiran aktivis tersebut.

"Kita minta kerajaan negeri halang Fahmi Reza masuk Sabah sebab dia membawa kekecohan cuba memecahkan perpaduan dan disebabkan dia sudah masuklah kita minta diambil tindakan.

"Negara kita ada undang-undang, jadi sila hormati prinsip rukun negara. Jangan cuba menyiram minyak di bara api. Sarang tebuan jangan dijolok, ikut hati mati, ikut rasa binasa," katanya.

Sebelum itu, beliau memaklumkan antara hantaran Fahmi Reza termasuk gambar yang disiarkan di media sosial pada 17 dan 25 Disember melibatkan Musa dan pada Jumaat beliau sengaja membuat hantaran untuk memprovokasi keputusan Yang di-Pertuan Agong dan menghina TYT Sabah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan setakat ini pihaknya menerima tiga laporan polis berkaitan Fahmi Reza.

Sebelum itu, beliau memaklumkan antara hantaran Fahmi Reza termasuk gambar yang disiarkan di media sosial pada 17 dan 25 Disember melibatkan Musa dan pada Jumaat beliau sengaja membuat hantaran untuk memprovokasi keputusan Yang di-Pertuan Agong dan menghina TYT Sabah.