'Sebatan syariah jauh lebih ringan berbanding sivil' - Dr Azman
Iklan
Dr Azman
KUALA TERENGGANU - Sebatan syariah bukan untuk mencederakan tapi lebih memberi pengajaran kepada pesalah.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim menjelaskan ini kerana sebatan syariah jauh lebih ringan daripada satu sebatan sivil.
Iklan
Iklan
"Pesalah (sebatan syariah) berpakaian lengkap. Tangan dan kaki tak diikat.
"Kekuatan sebatan sederhana dan tidak melukakan. Saiz rotan pula berbeza berbanding dengan sebatan sivil.
Iklan
"Berbanding dengan sebatan sivil, pesalah diikat kaki dan tangan serta telanjang bulat tutup depan sikit sahaja. Tukang sebat pusing rotan 180 darjah dan sekali sebat tersiat kulit," katanya di akaun X rasminya di sini pada Jumaat.
Pada Jumaat, Mohd Affendi Awang, 42, akan menjadi individu pertama di Terengganu yang dihukum dengan enam kali sebatan di khalayak ramai.
Iklan
Hukuman itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 November lepas setelah lelaki itu mengaku salah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.
Mengulas lanjut, Dr Azman yang juga Exco kerajaan negeri turut membuat perbandingan dari segi pelaksanaan hukuman rotan di sekolah dengan hukuman sebatan kepada pesalah syariah.
"Kenapa sebat depan orang ramai? Tanyalah kawan-kawan yang nakal zaman sekolah dulu.
"Apa beza kena rotan dalam bilik guru dengan kena rotan depan perhimpunan?," soal beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>