Feri ke Langkawi ditambah waktu malam jika ada lebih permintaan
Iklan
Baharin memberi penerangan tentang jenis feri.
LANGKAWI - Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan feri tambahan pada waktu malam sempena cuti sekolah serta Tahun Melawat Kedah 2025.
Pengurus Besarnya, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, inisiatif itu akan dimulakan bila-bila masa sahaja sekiranya jumlah pengunjung melebihi hari biasa.
Iklan
Iklan
Katanya, Jabatan Laut Malaysia juga telah memberi kebenaran untuk mereka beroperasi pada waktu malam.
Baharin
"Kerja-kerja pengerukan dijangka siap pada penghujung Februari, selepas itu perkhidmatan feri akan bermula seawal jam 7 pagi.
Iklan
"Kita harap semua kerja-kerja itu akan selesai sebelum bermulanya Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini pada Sabtu.
Menurutnya, paras ketinggian air yang sesuai untuk perjalanan feri pada waktu malam adalah 1.5 meter untuk mengelakkan bahaya pelayaran.
Iklan
"Jadi andai kata ada permintaan yang banyak daripada pelancong untuk perjalanan malam kita akan beroperasi tanpa had, asalkan paras air lebih dari 1.5 meter,” katanya.
Bagaimanapun katanya, menjadi kegusaran pihaknya adalah keupayaan jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang tidak mampu menampung jumlah penumpang yang ramai.
"Sebagai contoh Kuala Perlis hanya mampu menampung jumlah penumpang maksimum seramai 500 orang.
"Jadi bila ada penumpang yang terpaksa tunggu di luar kawasan terminal kita risau penumpang tak selesa sebab panas dan ia akan tular di media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Baharin berkata, nelayan di perairan sekitar juga dinasihatkan peka dengan jadual perlayaran feri agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.
Kita bimbang pukat yang dipasang akan menjadi halangan kepada pelayaran feri,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, pengusaha feri Langkawi memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa perkhidmatan feri malam tambahan akan disediakan dari Kuala Kedah ke Langkawi ketika LIMA '25 berlangsung tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, langkah itu bertujuan merancakkan lagi industri pelancongan negeri sempena Tahun Melawat Kedah 2025.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.