'Tak sabar tunggu Nazir pulang selepas 24 tahun tidak bertemu' - Abang
Iklan
Najib (kiri) berharap dapat bertemu dengan adiknya Mohammed Nazir (kanan).
MUAR - Perkhabaran terbaharu mengenai dua rakyat negara ini termasuk Mohammed Nazir Lep, 48 yang ditahan di Kem Guantanamo di Cuba sudah diserahkan kepada Malaysia, memberi khabar gembira kepada keluarga yang menanti kepulangan sejak 24 tahun lalu.
Najib Lep, 60 berkata, berita kepulangan adiknya yang hanya diketahui menerusi media itu seakan memberi sinar harapan kepada keluarga di Kampung Jeram Masjid di sini.
Iklan
Iklan
"Sekiranya benar sebagaimana dikhabarkan, kami amat bersyukur kerana penantian sejak sekian lama akhirnya terlerai dan harapan untuk bersatu semula jadi kenyataan.
"Kami sekeluarga menanti kepulangannya, semoga kami dapat bertemu secepat mungkin, kalau boleh esok," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Iklan
Sebuah rumah turut dibina untuk Mohammed Nazir di Kampung Jeram Masjid di sini, untuknya memulakan hidup baharu apabila pulang nanti.
Pada Rabu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan memberitahu AS menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Guantanamo di Cuba.
Iklan
Seorang lagi yang ditahan dan diserahkan kepada kerajaan Malaysia ialah Mohammed Farik Amin.
Kedua-dua mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS sebelum dipindahkan ke kem tahanan itu pada 2006.
Mohammed Nazir dan Mohammed Farik yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.
Kedua-dua mereka kemudian dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan boleh dibebaskan menjelang 2029.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.