MELAKA - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.
Menurut sumber, suspek ditahan pada 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka.