Rumah jagaan kanak-kanak terbabit kes rogol, dera ditutup sementara
Iklan
KHAIRIN NISA
JOHOR BAHRU - Pusat Jagaan Kanak-Kanak swasta di Kulai yang tular berikutan berlaku kes rogol dan dera kini ditutup sementara.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, penutupan sementara dibuat mengikut Seksyen 15 Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).
Iklan
Iklan
Menurut beliau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menjalankan siasatan awal 9 Disember lalu dan mendapati seramai 55 kanak-kanak berada di rumah jagaan itu.
Katanya, seramai 32 kanak-kanak dipulangkan kepada ibu bapa kandung mereka pada 10 Disember lalu.
Iklan
"Manakala baki terdiri daripada 10 lelaki dan 13 perempuan diselamatkan dan ditempatkan di lokasi selamat di bawah kendalian JKM mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
"Kesemua 23 kanak-kanak yang diselamatkan itu dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak pada 11 Disember untuk mendapatkan perintah sementara mengikut Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Iklan
"Mahkamah membenarkan mereka ditempatkan di tempat selamat yang diwartakan di bawah akta berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Khairin-Nisa berkata, pihaknya memandang serius kes terbabit dan menegaskan kerajaan negeri dan JKM komited menangani isu penderaan kanak-kanak.
Beliau memberitahu, kes berkenaan masih dalam tindakan pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Orang ramai digalakkan melaporkan kes penderaan kepada pihak polis atau JKM melalui talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam," katanya.
Pada Ahad, media melaporkan pemilik pusat jagaan anak yatim swasta berusia 59 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol penghuni berusia 17 tahun dan penganiayaan kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>