KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu telah menerima bayaran royalti daripada anak syarikat kerajaan negeri, Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) sebanyak RM1,101,489.15 bagi tahun 2024.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran itu juga diberikan sebagai imbalan daripada kerajaan negeri atas pelantikan KUTT untuk membangunkan koridor utiliti negeri termasuk menyediakan pangkalan data bersepadu bagi semua jajaran utiliti.