KUALA LUMPUR - Seorang bekas akauntan syarikat pengeluar pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan pecah amanah wang hasil jualan syarikat berjumlah RM206,222.24 tahun lepas.
Siti Nur Aisyah Ismail, 33, didakwa melakukan kegiatan itu dengan memindahkan wang terbabit ke dalam akaun bank miliknya untuk kegunaan peribadi di sebuah premis di Jalan Chempenai, Bukit Damansara di sini antara 19 Januari 2023 hingga 12 Mac 2024.