‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar

Iklan
Warga Syria yang berada di pelbagai negara di dunia turut meraikan pengakhiran cengkaman Bashar Al-Assad. - AP

KUALA LUMPUR - Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.

Profesor Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Mizan Mohammad Aslam berkata, telahan itu berdasarkan kepada kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran mengenai kejatuhan Assad.

Iklan
Iklan

"Dua hari sebelum berlaku kekecohan di Syria, (Benjamin) Netanyahu memberi amaran kepada Bashar al-Assad, yang akan menantikan akibat daripada sokongan yang diberikan kepada Hezbollah.

"Hari ini, kita lihat pertukaran rejim ini sebenarnya adalah untuk menukar kepimpinan baharu kepada kerajaan Syria yang tidak akan mengganggu Israel dan menyekat bantuan kepada Hezbollah, serta menolak Iran dan Rusia daripada menjadi sekutu mereka (Syria),” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Sabtu lepas, seluruh Wilayah Suwayda di selatan Syria jatuh ke tangan kumpulan pembebasan.

Iklan

Pada hari yang sama, pihak rejim turut hilang penguasaan terhadap Quneitra.

Di Wilayah Homs, pasukan anti-rejim pada Sabtu berjaya menguasai pusat wilayah itu, manakala kumpulan yang mara ke arah pasukan rejim Assad memasuki kawasan pinggir bandar selatan Damsyik.

Dengan kumpulan bersenjata anti-rejim mula menguasai ibu kota, rejim Assad kehilangan kawalan sepenuhnya ke atas Damsyik pada pagi Ahad. - Awani