Menantu perkosa ibu mentua, cuba sembunyi di siling elak dicekup

Iklan
Lelaki itu akhirnya berjaya diberkas meskipun cuba bersembunyi. Foto Agensi

JAKARTA - Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol ibu mentuanya yang berusia 49 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kabupaten Gowa.

Suspek yang dikenali sebagai SA diberkas Pasukan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Polis Gowa pada Rabu malam di Jalan Barua, Kelurahan Parangbanoa, Kecamatan Pallangga.

Iklan
Iklan

Ketika cuba ditahan, suspek dilaporkan memanjat bahagian atas rumah dan bersembunyi di atas siling bagi mengelak daripada dicekup.

Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Polis Gowa, Iptu Arman berkata, anggota polis berjaya menahan suspek selepas tindakan pantas di lokasi kejadian.

Iklan

Menurut siasatan awal, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik.

Suspek dipercayai masuk ke rumah dan memaksa mangsa melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.

Iklan

Mangsa dilaporkan mengalami lebam pada bahagian tangan serta trauma emosi akibat kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan bekas banduan kes penganiayaan pada 2005 dan pernah dipenjarakan sebelum dibebaskan pada 2007.

Kes disiasat mengikut peruntukan Kanun Keseksaan Indonesia berkaitan kesalahan rogol. - Agensi