303 saman, 114 disita dalam operasi khas motosikal
Iklan
Polis memeriksa motosikal dalam dalam operasi khas bermula Jumaat lalu.- Foto IPK Johor
JOHOR BAHRU - Polis Johor mengeluarkan 303 saman dan menyita 114 motosikal dalam operasi khas selama tiga hari di negeri ini, bermula Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi berkenaan bertujuan mengekang kegiatan samseng jalanan dan mendidik pengguna jalan raya mematuhi peraturan.
Iklan
Iklan
"Hasil daripada operasi yang telah dijalankan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah mengeluarkan sejumlah 303 keping K257 atas pelbagai kesalahan.
"Antaranya tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu, tiada perlindungan insuran, pengubahsuaian, tiada nombor plat dan lain-lain kesalahan yang berkaitan peraturan serta undang-undang jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Iklan
Menurut Kumar, dalam operasi ini juga polis turut menyita sebanyak 114 motorsikal di bawa Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kebanyakan motosikal yang disita merangkumi kesalahan penunggang motosikal tiada lesen memandu, tiada perlindungan insuran, kesalahan berkaitan nombor plat dan kesalahan lain termasuk pengubahsuaian.
Iklan
"Operasi seumpaman ini akan berterusan dilakukan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Polis Johor komited menanangu isu membabitkan keselamatan pengguna jalan raya," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>