Doa secara umum atau spesifik, mana paling utama?

Iklan
DOA merupakan senjata bagi orang Mukmin. -Gambar hiasan/ Foto: CANVA

SEGELINTIR orang begitu panjang doanya hinggakan menyenaraikan satu demi satu segala hajatnya kepada ALLAH SWT.

Terdapat juga individu yang hanya berdoa secara umum tanpa memperincikannya.

Iklan
Iklan

Adakah perlu untuk kita berdoa secara spesifik?

Menjawab persoalan itu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, diharuskan untuk berdoa secara terperinci selagi mana ia tidak melampaui batas atau mengandungi perkara melampau dan tidak sesuai.

Iklan

Sebagai contoh, doa untuk melakukan dosa atau meminta untuk memutuskan silaturahim dan seumpamanya.

"Hal itu mengembalikan ketentuan kepada ALLAH yang MAHA MENGETAHUI kebaikan dan keburukan untuk hamba-NYA,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel #7422: Perlukah doa secara terperinci yang disiarkan di laman web Maktabah Albakri.

Iklan

DIHARUSKAN untuk berdoa secara terperinci selagi mana ia tidak melampaui batas atau mengandungi perkara melampau dan tidak sesuai. -Foto: CANVA

Dalam pada itu, Dr Zulkifli menjelaskan, Rasulullah SAW sangat menyukai doa ringkas, tetapi mempunyai makna meluas dan mengelakkan perincian yang tidak perlu.

Ia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, katanya: "Rasulullah SAW suka memilih doa-doa yang ringkas, tetapi penuh makna dan meninggalkan selain daripada itu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

Jelas agamawan itu, maksud ‘doa yang ringkas’ itu ialah doa yang mencakupi kebaikan dunia dan akhirat dengan ungkapan ringkas, tetapi penuh makna.

"Ini menunjukkan, doa umum adalah lebih baik kerana dapat mencakupi segala keperluan tanpa perlu mendalam dalam setiap permintaan.

"Ini kerana manusia tidak mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya,” katanya.