Dari Palestin ke Lubnan: Penindasan Israel yang tiada kesudahan

Iklan
SERANGAN Israel di Palestin kini merebak ke Lubnan. Foto AFP/Gambar kecil: MUHAMMAD KHAIRUL IMAN

SEJARAH konflik antara Israel dan Lubnan merupakan isu signifikan dengan perjuangan rakyat Palestin.

Naratif ini berlaku sejak keberadaan Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) di wilayah selatan Lubnan selepas peristiwa Black September 1970.

Iklan
Iklan

Peristiwa ini menyaksikan PLO yang diketuai oleh Yasser Arafat terpaksa meninggalkan Jordan, kemudian berhijrah ke Lubnan dan membina pangkalan baru di sana.

Ketegangan memuncak dengan Operasi Litani 1978 dan Perang Lubnan 1982 bertujuan mengusir PLO dari negara tersebut.

Iklan

Sejak itu, ketegangan semakin meningkat, khususnya di wilayah selatan Lubnan.

Peristiwa tragis ini berlaku dalam tempoh singkat iaitu dari 16 sehingga 18 September 1982, tetapi kesannya begitu mendalam.

Iklan

Dalam hanya tiga hari, lebih daripada 3,000 pelarian Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban.

Sejak itu, konflik terus berlarutan hingga kini, dengan kedua-dua pihak saling berbalas serangan.

Ketegangan meruncing selepas Operasi Pedang Besi (OIS) di Gaza pada Oktober 2023, apabila Israel meluaskan serangannya ke selatan Lubnan dan beberapa wilayah barat negara terbabit.

POSTER pemimpin Hizbullah yang terbunuh, Hassan Nasrallah (kiri) dan Hashem Safieddine diletakkan di tengah-tengah runtuhan bangunan selepas dibedil Israel. Foto AFP

Susulan itu, kepimpinan negara Lubnan iaitu Perdana Menteri, Najib Mikati dan Presiden, Michel Aoun mengutuk tindakan Israel tersebut.

Pendirian tegas ini dianggap telah mencabar kuasa apartheid tersebut, kemudian mendorong mereka untuk melancarkan serangan berterusan ke atas Lubnan.

Serangan Israel tersebut telah meragut sekurang-kurangnya 3,800 nyawa, termasuk pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Selain itu, serangan Israel juga mengakibatkan kecederaan terhadap empat anggota Pengaman Malaysia (MALBATT 850-12) pada awal Oktober. Tindakan ini mencetuskan kemarahan global.

GPM kutuk serangan Israel

Global Peace Mission (GPM) Malaysia antara yang tegas mengutuk serangan tersebut.

GPM juga menyifatkan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant baru-baru ini sebagai langkah yang sangat wajar dalam menegakkan keadilan.

GPM juga menyeru orang ramai untuk konsisten dalam menyatakan solidariti terhadap mangsa yang terjejas dan terperangkap akibat perang berterusan di kedua-dua wilayah tersebut.

***Muhammad Khairul Iman Hussin merupakan Penyelidik di Jabatan Pembangunan Penyelidikan dan Advokasi (READ), GPM.