ANKARA - Mahkamah Vietnam pada Selasa menolak rayuan taikun hartanah Truong My Lan dan mengekalkan hukuman mati ke atasnya berhubung penipuan bank bernilai lebih AS$12 bilion, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.
Mahkamah rayuan di Ho Chi Minh City mengesahkan hukuman mati, menyatakan tiada alasan yang sah untuk mengurangkan hukumannya, lapor akhbar dalam talian VnExpress yang dipetik AA.