[VIDEO] SSPA: Warga perkhidmatan awam digesa pertingkat prestasi
Iklan
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Seluruh warga perkhidmatan awam digesa untuk mempertingkatkan penyampaian dan perkhidmatan dengan memastikan prestasi jauh lebih baik dari sebelumnya berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula bulan ini.
Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat sentiasa mahu melihat perubahan pada seluruh sistem perkhidmatan awam sama ada peringkat akar umbi mahupun kementerian.
Iklan
Iklan
"SSPA telah bermula bulan ini. Seperti yang dijanjikan, tahniah kepada mereka yang mendapat kenaikan.
"Saya percaya dengan semangat ini walaupun prestasi baik, kita harus tingkatkan," katanya dalam ucapan di Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.
Iklan
Anwar menggesa penjawat awam tingkat prestasi selaras dengan kenaikan gaji bulan ini agar rakyat dapat perkhidmatan lebih baik. Foto Bernama
Ujar beliau, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan memperkenalkan beberapa langkah reformasi dalam perkhidmatan awam.
"Saya berharap saudara memberikan sokongan penuh," kata Anwar.
Iklan
Sebelum ini, seramai 85 peratus penjawat awam dilaporkan sudah menandatangani opsyen SSPA, empat hari sebelum ia berakhir pada Jumaat lalu.
Pelaksanaan SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024 menyaksikan kumpulan pelaksana menikmati pelarasan gaji tertinggi sehingga 42.7 peratus manakala tujuh peratus bagi kumpulan pengurusan tertinggi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>