13 murid keracunan makanan: Keputusan sampel diperoleh minggu ini
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar mengalami sakit perut dipercayai akibat keracunan makanan, pada Rabu. Gambar kecil: Tian Soon
ISKANDAR PUTERI - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sudah mengambil sampel makanan di kantin Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar, susulan kes keracunan makanan membabitkan 13 muridnya pada 27 November lalu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon negeri, beberapa sampel makanan telah diambil termasuk bubur.
Iklan
Iklan
"Keputusan sampel makanan dijangka akan diperoleh dalam minggu ini.
"Semua murid yang terbabit berada dalam keadaan stabil ketika ini. Tiada murid yang ditempatkan di wad, mereka hanya mendapatkan rawatan pesakit luar dan pulang ke rumah," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Bangunan Sultan Ismail, di sini pada Ahad.
Sebelum ini pada Khamis, Tian Soon berkata, mangsa terlibat terdiri daripada murid tahun satu hingga tahun enam dan kesemuanya telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan serta swasta.
Iklan
Pejabat Kesihatan Daerah sudah mengarahkan kantin sekolah berkenaan ditutup sementara untuk kerja pembersihan selama dua minggu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>